Monday, February 22, 2016

Kembara Kemboja III

3 Februari 2016, kami berkemas awal, bersarapan dan check-out pada jam 12.00pm. beg kami tinggalkan di hotel dan kami mengembara ke Killing Field untuk melihat  kawasan tengkorak-tengkorak namun pemandu tuk-tuk berkata, kawasan Killing Field di Siem Reap kecil sahaja berbanding di Phnom Phen. Selesai melawati Killing Field, jika malam ada 'Night Market', siang pun ada market juga. Kami melihat kedai-kedai yang menawarkan batu permata, barang kulit buaya dan lain-lain. Dengan bajet yang kami ada jersi kebangsaan Kemboja menarik perhatian kami.

Sehingga jam 4.30pm kami kembali ke Masjid An-Naemah untuk solat dan berehat, kami juga menikmati makanan tempatan seperti Bancheau, dan Toloro, di gerai bersebelahan dengan masjid.

Bancheau adalah tepung goreng yang berintikan tahu dan tauge, makan bersama ulam-ulam cicah bersama kacang dalam sup. Toloro pula telur yang dibakar di dalam mangkuk kaca. Separuh dibahagian bawah masak, separuh masih lembut. Makan bersama sambal istimewa dan ulam-ulam.

Saya melihat adik di sebelah makan hanya timun cicah dengan telur yang masih lembut. Alamak, telur, telur-lah! Selepas separuh, saya mula meletakkan sambal istimewa ke dalam mangkuk saya. Ya Allah, sedapnya tak terhingga. Telur lembut dengan sambal itu, bersama ulam-ulam sangat tepat hidangannya. Kos untuk dua orang makan 1000 Riel.

Kami tunggu sehingga maghrib di kawasan tersebut kemudiannya kembali ke hotel untuk cas telefon dan menunggu van yang akan menyambut kami ke stesen bas pada jam 9.30pm untuk ke Phnom Phen.



Wednesday, February 17, 2016

Kembara Kemboja II

2 Februari 2016, 4.30am kami bangun dan bersiap untuk ke Angkor Wat. Saya telah persiapkan diri bersama peta yang saya jumpa di Night Market. Kami terus lompat ke atas motorsikal skuter kami dan ke Angkor Wat dengan bantuan peta dan Google Map.

Setiba di checkpoint, kami tidak dibenarkan masuk oleh pegawai bertugas kerana tiada pass. Saya tahu mengenai pass, namun saya tidak tahu di mana. "You turn around about 4.5 kilomet and turn left before hospital."

Kami cuba untuk memahami apa yang dia cakapkan, dengan gelap, 4.5 km, hospital? Kami patah balik sehingga ke pekan dan bertanyakan kepada pemandu tuk-tuk. Alhamdulillah, bak kata orang tak mahu bertanya, sesat jalan!

Kami membeli pass dengan harga US$ 20.00 untuk kami jelajah keseluruhan tempat lawatan, bermula pada jam 5.30am - 7.00pm. Baru berbaloi! Di Siem Reap terdapat lebih daripada 30 temple yang kini tidak lagi dijadikan tempat sembahan, hanya lokasi pelancongan. Sunrise di Angkor Wat sangat cantik dan tidak rugi untuk bangun awal melihatnya.

Jam 5.30am - 7.30am adalah waktu terbaik sehingga matahari terbit daripada celah Angkor Wat, langit kemerah-merahan berlatardepan tasik dengan pokok teratai, beserta pantulan dan biasan. Terlalu ramai orang datang untuk mendapatkan tempat terbaik, ada yang telah terpacak dari jam 4.00am, saya memasang 'tripod' saya dan menikmati setiap saat tersebut.

Selepas jam 7.30am, kami yang kini bebas untuk mengembara, kembali ke hotel dan berehat, sarapan pagi dan tidur. Kami bersiap kembali pada jam 11.00am, dan memulakan pengembaraan ke semua lokasi-lokasi yang lain.

Pelbagai 'temple' dari jenis, bentuk dan rupa dibangunkan sejak zaman dahulu oleh raja yang berbeza. Ada yang tinggi, rendah, berpokok, berjambatan, di atas pulau dan lain-lain. Oleh kerana kami menaiki motorsikal, lebih daripada 15 'temple' kami lawati sehingga matahari terbenam.


Minyak boleh dibeli di tepi-tepi jalan dengan harga 3000 Riel sebotol atau 1 liter. Jika menaiki tuk-tuk, hanya 6 'temple' sahaja akan dibawa, dan pastinya terikat pada tentatif pemandu tuk-tuk. Malam tersebut kami kembali membeli belah, mencari makanan yang sesuai untuk di makan seperti inti kelapa goreng, roti pisang dengan milo, coconut shake, ular goreng, labah-labah goreng! Alamak, kami tak makan yang dua terakhir itu, hanya melihat sahaja!





untuk gambar yang lain-lain boleh visit www.najmienaharuddin.com atau ig @najmienaharuddin


Monday, February 15, 2016

Kembara Kemboja I

1 Februari 2016, jam 4.30am, saya dan Nabil bersiap untuk berlepas ke Siem Reap. Nak cakap saya seorang pengembara, mungkin tidak sekerap orang lain mengembara, tetapi saya tahu setiap kali saya ke sesuatu tempat, tujuan saya adalah untuk mengambil gambar lebih baik dari mana-mana gambar yang wujud dalam 'google'.

6.30am kami berlepas dari KLIA2 menaiki AirAsia, perjalanan mengambil masa 2 jam sahaja, waktu di Kemboja kurang satu jam dari Malaysia, dan kami dijangka mendarat pada jam 7.30am. Kenapa Indonesia, Thailand, Kemboja kurang satu jam? Saya teringat Tun Dr. Mahathir pernah selaraskan waktu di negara kita mengikut Sabah dan Sarawak, sehingga kini Singapura juga mengikuti waktu negara kita.

Setibanya di Siem Reap International Airport, kami beratur untuk menguruskan perihal imigresen dan kastam, kemudian kami terus membeli simkad tempatan untuk mudah berkomunikasi dengan dunia luar. Simkad 4G LTE, berharga US$ 5.00, dengan kredit bernilai US$ 2.00 dan 3.5GB internet.

Kemudian kami ke kaunter teksi, harga teksi ke mana-mana lokasi ke pekan Siem Reap hanya US$ 7.00. Alhamdulillah, pemandu teksi kami seorang Muslim bernama Abu Sufian dan cekap berbahasa Inggeris. Kami bercerita panjang mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati di Siem Reap, harga tuk-tuk, harga tiket bas untuk ke Phnom Phen, barang kulit dan sebagainya.

Abu Sufian juga membawa kami ke agensi tiket bas untuk bas malam yang boleh tidur sewaktu perjalanan ke Riverside Hotel, tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam yang telah kami tempah melalui booking.com pada kadar US$ 40.00, namun kami hanya boleh  meninggalkan beg untuk dijaga kerana kami tidak boleh check-in, waktu check-in adalah selepas jam 2.00pm. Jadi, apa aktiviti yang boleh kami lakukan? Abu Sufian menelefon adiknya menjadi pemandu tuk-tuk kami untuk berjalan di sekitar Siem Reap.

Zaini adik kepada Abu Sufian datang menjemput ke hotel kami. "Assalamualaikum, nak ke Floating Village ya? Saya Zaini adik Abu Sufian." Saya memandang Nabil, dan Nabil memandang saya. Ya, Zaini boleh berbahasa Melayu.

Zaini membawa kami ke lokasi pertama Floating Village, Floating Village bertempat di Tonle Sap kira-kira 10km dari hotel, untuk ke Floating Village, orang luar dikehendaki untuk membayar fi US$ 20.00 seorang, dan keseluruhan melawat Floating Village lebih kurang 3 jam.

Saya dan Nabil berkira-kira, kerana keseluruhan wang yang kami bawa US$ 500.00, takkan hari pertama kami akan habiskan sehingga US$150.00? Sebenarnya tiada dalam tentatif kami untuk ke Floating Village, lalu saya mengambil kesempatan untuk meng-google kampung tersebut, namun, tiada apa yang menarik, perjalanan agak lama ke lokasi menaiki bot, dan hanya 1 jam lebih di kawasan Floating Village.

Lalu, saya mengambil kesempatan untuk mula memetik butang kamera saya buat kali pertama di Kemboja. Sebelum mencari Zaini, saya pusing di kawasan jeti, mengambil gambar kawasan, dan potret beberapa orang. Penduduk Kemboja boleh dikatakan mempunyai rupa yang hampir dengan orang Melayu.

Kami mencari Zaini yang sedang bersantai di atas tuk-tuknya, minta Zaini bawa kami ke Masjid Ar-Rafee'ah berdekatan dengan jeti. Kami berkenalan dengan orang tempatan, imam dan ustaz yang mengajar anak-anak di masjid tersebut menyapa kami dengan ramah. Masjid Ar-Rafee'ah merupakan masjid ke dua terbesar di Siem Reap, dan di sekelilingnya terdapat 416 penganut agama Islam, yang kian berkembang. Bersebelahan masjid sedang dibina tempat tinggal untuk para tahfiz, anak yatim dan orang susah.

Kami meneruskan perjalanan melihat kehidupan susah orang di sekeliling. Mereka mendirikan rumah hanya untuk hidup. Rumah yang sebesar kereta Myvi, menempatkan empat hingga 5 orang, kecil tapi ada televisyen, amat menarik untuk kita renung-renungkan.

Kemudian kami melihat ladang pokok teratai yang sebesar-besarnya dan singgah ke sekolah rendah  sebelum makan tengahari di restoran halal setelah kembalinya kami di pekan Siem Reap.  Kemboja sangat menghargai kerjasama ASEAN dan boleh kita lihat di mana-mana, termasuk di sekolah dan kedai makan bendera negara-negara ASEAN termasuk jalur gemilang kebangaan kita. Kami makan tengahari, dengan kos US$ 10.00 untuk dua orang kemudian ke Masjid An-Naemah masjid terbesar di Siem Reap di hadapan restoran tersebut, untuk solat.

Sejurus selepas solat, Zaini menghantar kami ke Riverside Hotel untuk check-in. Harga perkhidmatan Zaini adalah US$ 15.00. Alamak, sejak dari itu, saya rasa bahawa kami tidak boleh lagi bergantung kepada Zaini, tambahan pula, untuk keesokkan harinya, kos kami adalah US$ 25.00. Pasti akan merosakkan bajet kami di Kemboja.

Kemboja bukan lagi negara mundur yang kita selalu fikirkan, kerajaan mereka telah menambat wang 4000 Riel bersamaan US$ 1.00, boleh kata duit Cambodian Riel lebih kurang sama berbanding Ringgit Malaysia. Kami check-in ke dalam bilik yang agak mewah untuk harga tersebut termasuk Wifi, kami membersihkan diri dan berehat sehingga jam 5.00pm.

Saya mengajak Nabil untuk bersiap, saya hendak memburu 'sunset' pertama di Siem Reap pada jam 6.00pm. Kami mengambil ikhtiar untuk berjalan kaki tanpa tujuan, saya membawa kamera dan mengambil beberapa potret unik warga Kemboja, walaupun akhirnya gagal untuk mengambil gambar 'sunset'.

Kami berjalan lebih kurang "2 kilomet" kata-kata orang di sana, ke tengah pekan Siem Reap. "2 kilomet amat jauh bagi penduduk Siem Reap, jika mereka dengar saya berjalan kaki dari Riverside Hotel, pasti terkejut. Pub Street dan Night Market adalah tarikan utama pelancong. Kami sebagai pengembara Muslim, kami berjalan untuk melihat sendiri gelagat pelancong dan penduduk di Siem Reap dan menyinggah di gerai-gerai sekitar Night Market, jika pandai, kita boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik.

Jika ada bajet untuk shopping, pastikan anda shopping secepat yang mungkin! Jadi kami membeli t-shirt, fridge magnet pada malam itu. Jam 8.00pm kami kembali ke hotel berjalan kaki. Letih namun puas hati dengan perjalanan kami. Namun, esok kami perlu berada di Angkor Wat pada jam 5.00am untuk meyaksikan 'sunrise'. Jadi saya dan Nabil berbincang, adakah kita perlu mengambil perkhidmatan  Zaini?

Kerana saya terasa terikat dan agak mewah untuk perkhidmatan "menghantar dan menunggu." US$ 15.00 boleh dinilaikan seperti RM80.00 duit kita dan duit mereka. Saya bekerja di Malaysia untuk 6 jam pun tidak semewah itu! Lalu saya keluar dan mencari tempat untuk menyewa motor.

US$13.00 sehari harga menyewa motorsikal. Saya tanpa berfikir panjang terus mengambil kesempatan tersebut, dan menelefon Zaini untuk membatalkan perkhidmatannya.






Tuesday, February 2, 2016

Kelantan Trip II

Sambung, maaf saya di luar kawasan, jadi saya kena sambung segera cerita mengenai Kelantan dan akan sambung cerita saya di Cambodia.

Okeh, esok hari nya, macam biasa, di Kelantan, mesti lah melawat Rantau Panjang!
Tapi, agak kecil hati sebab harga jersi pun lebih kurang harga di Shah Alam, jadi kami beli yang stock clearance RM15.

Rantau Panjang dahulu tempat yang menarik, sebab kedai-kedai papan dan lecak, kotor dan bertikus. Nak cakap tak suka, itu-lah kelebihan Rantau Panjang dahulu. Sekarang dah jadi gerai besar, kebersihan terkawal, namun banyak perkara yang buat hati tidak berapa puas hati, lebih-lebih lagi bab harga, dan makanan seperti buah dan sebagainya.

Kemudian kami singgah untuk solat jamak zohor-asar di masjid Beijing,



Kemudian ke Pasar Siti Khadijah, pasar kain sebelah tu, apa ntah nama, orang perempuan mesti tau.
Shopping dan shopping sehingga malam.

Malam tersebut kami tidak keluar, sebab Anugerah Juara Lagu.

Keesokkan harinya, hari terakhir kami di Kelantan, flight jam 7.30pm, selepas subuh berjemaah di hadapan rumah, kami layan roti tilebes kot. ke teletubis. Ahahaha.



Roti dan telur mata di Kopitiam Kita. Menarik makanan-makanan yang ada, seperti Nasi tumpang, Nasi Dagang dan lain-lain.

Kemudian, kami berehat, ada yang ke Mall Tok Guru, ada yang sambung shopping. Saya, mama, papa dan Pak We, ke Villa Daniella.

Wau, tempat yang menarik, namun tak ada gambar pula ketika ni nak share.

Selepas balik, kami berehat, dan kemas pulang!

Kelantan, kalau tak jumpa apa nak shopping, puaskan lah perut anda dengan MAKANAN yang murah lagi LAZAT berKRIM!!